Kaedah yang sama juga kita lakukan dalam latihan lakonan. Melalui latihan improvisasi secara kerap akan dapat membiasakan pelakon dalam suasana akting. Melalui proses latihan demi latihan sehingga dapat membentuk kemahiran dalam lakonan.
Terdapat beberapa kaedah untuk melakukan improvisasi. Antara kaedah yang agak mudah ialah melakonkan kembali cerita-cerita yang telah ditonton. Kita tentu ingat dulu pernah ingin jadi pahlawan yang gagah seperti Hang Jebat, atau super hero Batman, Ultraman dan Superman. Melalui watak yang kita tonton dalam filem kita lakonkan kembali.
Sekiranya ingin mencuba ayuh kita tonton filem dibawah. Bina rangka ceritanya kemudian kita aksikan bersama rakan-rakan.
Petikan filem 'labu labi' (1962)
Arahan P.Ramlee
Terbitan: Shaw Malay Film Production.
diambil dari link :
https://www.youtube.com/watch?v=j3O5KX0I3p4&t=99s
Atau kita cuba pula filem ini:
Tajuk filem :GAGAL (2015)
Arahan : Shamill Ashraf
Terbitan : Treckem Production
Link :https://www.youtube.com/watch?v=-ulIE3DP5Ao