Thursday, 26 April 2018

“MUNCHAUSEN MELALUI PROKSI”


Oleh: Amira Nur Najihah Binti Othman (127525) Pelajar Ko-Kurikulum WCC117.


Pada 24 April 2018 sebuah persembahan  telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Seni bertempat di Panggung Sasaran. Teater ini merupakan projek tahun akhir drama & teater. Teater ini diarahkan oleh Rizal Rafizal dan skrip asal ditulis oleh Yusof Bakar.
Teater ini berkisahkan tentang Nurlela merupakan seorang ibu tunggal yang berjaya membesarkan anaknya Solihin tanpa sebarang bantuan sehingga beliau jatuh sakit. Solihin pula tersepit diantara tanggungjawab terhadap ibunya dan kasih sayangnya terhadap isterinya Melati. Siapakah diantara mereka yang mempunyai sindrom Mun Chau Sen? Bagaimanakah sindrom ini mampu membunuh?
Secara keseluruhannya, tiga pelakon iaitu Nurlela, Solihin dan Melati telah menjayakan watak dengan baik sekali. Namun, saya lebih suka watak Solihin. Pada permulaan cerita Solihin dilihat sebagai seorang penyayang. Saya sangka watak dari awal sehingga akhir persembahan, beliau seorang penyayang. Namun sangkaan saya meleset. Babak akhir yang di mana Solihin meluahkan perasaan yang terpendam terhadap Melati, dia bertukar karakter menjadi agresif. Beliau juga memaksa Nurlela memakan ubat walhal ubat yang dibagi itu salah. Bagi pendapat saya, perubahan watak dilihat sebagai satu kejutan dan menimbulkan pertanyaan kenapa  beliau bertukar watak menjadi seorang yang agresif.
Selain itu, teater ini juga menggunakan teknik imbasan kembali. Buktinya, semasa Nurlela berhenti di sesuatu tempat untuk mencari tempat berteduh. Nurlela teringat akan suaminya yang meninggalkan dia dan Solihin yang masih kecil. Babak lain ialah Solihin memperkenalkan Melati kepada Nurlela. Nurlela agak terkejut kerana setahunya Solihin tidak mempunyai kawan perempuan. Akhirnya, Nurlela menerima Melati sebagai menantunya.  Teknik ini ditunjukkan dengan begitu baik sekali. Dari situ, saya dapat memahami jalan cerita teater ini.
Pada pendapat saya, ketiga-tiga pelakon berjaya melontarkan dialog dengan emosi seperti marah dan sedih. Ketiga-tiga pelakon ini dibantu dengan jalan cerita yang menarik untuk mengetahui apa kesudahan sebenar teater ini.

Terima Kasih
 - sindrom MunChauSen adalah istilah adalah penyakit mental dimana orang menciptakan gejala atau penyakit pada diri mereka atau anak mereka untuk mendapatkan investigasi, perhatian,simpati dan ketenangan dari kehidupannya atau dari pakar perubatan '' ( dr. Djunaedi Tjakrawerdaja, Sp.Kj )