Wednesday, 25 September 2019

Lama Tak Turun Bermain di Padang #teatersarah

Prolog
Tarikh terakhir bermain dalam pentas pada tahun 2011 di Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur dalam teater Harga Sebuah Maruah.  Teater itu diambil berdasarkan novel Azizi Haji Abdullah (1942-2011) dan telah diadaptasi oleh Dramatis A.Wahab Hamzah.  Pada waktu itu usiaku telah hampir mencecah setengah abad.  Dalam hati kecilku di usia lima puluh nanti aku tak mahu lagi bermain sebagai pengarah teater.  Kerana kerja ini amat memerlukan kesabaran yang amat tinggi.

Hampir sembilan tahun berlalu dan aku juga berhasrat akan bersara awal apabila mencecah umur 58 tahun sebagai penjawat Universiti, tiba-tiba bersua kembali dengan A. Wahab Hamzah  berkunjung ke Pusat Pengajian Seni USM bersama  senaskah karya Sastrawan Negara Datuk Noordin Hassan berjudul 'SARAH'.  Waktu itu dalam bulan Ramadhan 1441 Hijrah.   Maka dengan itu bermulahlah kembali aku akan menyediakan diriku dengan tahap kesabaran yang lebih tinggi tinggi lagi.

Apakah kesabaran itu?   Akan ku bicarakan dilain waktu.