Thursday 28 July 2022

Misteri Panggung SASARAN dan FONG MAMA

 

Catatan ini pernah disiarkan dalam blog saya (Pandangan Saya kira-kira 12 tahun lalu)

Panggung SASARAN sedang dibaikpulih dijangka boleh digunakan semula pada Mac 2011

Warga SASARAN yang lahir pada tahun 1984 dan 85, siapa tak kenal dengan Fong MAMA, atau Miss Fong. Nama Miss Fong sentiasa berlegar dikepala para pengunjung dan pengguna sejak pada tahun itu. Cerita bagaimana Miss Fong muncul akan kuceritakan pada akhir nanti.

Kita kenal dengan siapa Miss Fong . Beliau adalah seorang gadis berusia 17 tahun (Simanis 17), telah meninggal dunia pada tahun 1980 akibat daripada kemalangan jalan raya. Lokasi nahas ialah Jalan Sungai Dua. Sebelum dia berhijrah ke SASARAN lokasi penginapannya ialah dirumpunan buluh terletak tidak jauh dari panggung sasaran. Di sasaran tempat tinggalnya ialah di dalam sebuah lubang berhampiran dengan tangga besi bilik kawalan lampu. Sekarang lubang itu telah dikambus, tak tahu kemana Miss Fong nak pergi.

Lokasi tempat tinggal Miss Fong

Berbalik bagaimana nama Miss Fong muncul. Kisah bermula di Desasiswa Fajar, tempat aku sentiasa jadi port kekawan. Suatu hari lepas musim exam, bebudak drama tak terus balik kampong sebab masa cuti ada latihan dengan Dr.Ghouse untuk pergi Teater Keliling, tak silap tahun tu nak buat show happenig di Brunei dan Sabah. Lepas latihan pada malam hari setelah pekena Teh tarik kat kedai Panjang dekat Sungai Dua, sebelum jam 12.00 kena balik, kalau tidak gate tutup. Apa yang menarik kedai panjang tu (milik seorang berbangsa cina) dibahagian hadapan seorang India dan anaknya berniaga roti canai, kat situlah tempat kami lepak sambil dengar lagu dari jukebox yang bernilai 20sen untuk 2 lagu, biasanya kami lepak bermula jam 10.30malam tak lama sejam saja. (nama kawan-kawan yang lepak bersama tak mahu dinyatakan disini, kerana mereka dah punya nama besar, nanti kena saman pula susah).

Aikkkk!!! jangan keluar tajuk cerita lepak kedai panjang nanti aku ceritakan lain kali, (Kedai yanga ada juke box lokasi di Sungai Dua)  berbalik dengan Miss Fong ini bagaimana ditemui, ialah melalui satu permainan Sprit of the coin (nak tahu permainan ini boleh cari dengan Tok Google. Tapi dinasihatkan dan dilarang sama sekali bermain ya). Permainan ini mulanya aku saksikan kekawan aku berbangsa India Malaysia bermain, kerana tidak fokus mereka tak pernah dapat menggerakan wang siling, lalu aku cuba dengan kawan aku berbangsa Cina Malaysia dengan aku seorang yang berbangsa Melayu Malaysia, buat pujaan serapah setakat lima kali siling itu bergerak sendiri. Bila bergerak mereka yang disekeliling bertambah berminat memerhati sambil yang mengendalikan permainan itu jadi perantara pula. Ada yang minta no ekor, ada yang bertanyakan ada perempuan minat kat dia ke, ada yang bertanya macam-macam yang misteri dan bila banyak sangat orang bertanya sampai roh itu penat, kamipun bertanyakan pada roh itu tentang biodatanya, dia memperkenalkan dirinya sebagai MISS FONG.

Setelah umat manusia amat percaya dengan sebuah rekayasa, maka segala apa yang pelik mereka terbau, terdengar atau terjumpa maka nama Miss Fonglah dikaitkan. Ia wujud atau tidak tiada seorangpun yang bertemu dengan dia. Semua pertemuan adalah cerita di atas cerita. Ini memang lumrah manusia umat di negara ini. Berbalik dengan kisah Miss Fong pada tahun 2005 hingga hari ini, nama itu telah hilang dari mulut warga SASARAN, dan tiada lagilah cerita perihal Miss Fong. Nama Miss Fong mati seiring dengan kematian Warga Sasaran.

Wednesday 19 August 2020

KOMEN PENONTON YANG MENONTON SARAH

Review Teater Sarah by CHU WEI XIEN 137059

In this theatre Sarah, I've learnt to appreciate the power of positioning on the stage, and the different kind of props involved on the stage. The traditional background music really captured my heart and the show gives a classic Malay vibe which was really cool. The show started off as humans are born into this world and we see a nice young lady called Sarah and her relationship with her future husband. There is contrast between the actors as there is a genie and humans communicating. The ending was superb for me and I really enjoyed the show.

 

Theater Sarah review by ABEL LIEW CHEE WENG 137030

1 thing that catches my attention most was the opening with rohs walking around.  Still didnt understand why they yelled 'kosong, kosong' over and over again but it sure adds to the atmosphere. The music was also outstanding as it really brought additional life to the show as a whole. However, the voices were a little soft causing parts of the dialog to be missed out. Otherwise, its technical aspects were fine, at least to my eyes.

The relationship between the main protagonists were also pretty interesting as they broke certain social norms considered taboo to talk about in today's society. The  comedy relief brought by the genie was also much appreciated as laughs can be heard among the audience. Just the perfect mix of cute, mischief and genie things.

Gonna reuse the wefie we took together, hope its ok

 

Review Teater Sarah by Nur Adilah bt Mohd Yusof

Dalam teater Sarah, banyak perkara yang telah saya pelajari. Persembahan ini berkisahkan tentang seorang gadis cantik bernama Sarah dengan pasangannya, Syed Amir. Ada masalah timbul sehingga mereka terpaksa ke luar negara. Selain itu, terdapat watak antagonis iaitu jin dan seorang lelaki yang bersepakat untuk memusnahkan hubungan Sarah dan Syed Amir. Namun, pada akhirnya mereka berdua tetap bahagia bersama-sama. 

Musik, set & prob juga membantu dalam mempersembahan jalan cerita ini. Akhir sekali, saya berpuas hati dengan lakonan mantap barisan-barisan pelakon Sarah. Good job!

 

Joachim Anne (134841)

Review Teater Sarah

The story began with Dollah said a harmonious love story from a book called Sarah.Then,there lived Rahimah and Pak Wu.Rahimah was portrayed as an ugly women while Pak Wu was suffering from kyphosis and origin from a castle.He knew the true meaning of love.Meanwhile Rahimah told Pak Wu that She’ll go and search for Dollah who gifted her a brown coloured shawl.
And then there’ll be a flashback of Sarah and Amir love story.But people like Silbi and Zabidi tries to break their relationship as they jealous of them.Then,Sarah and Amir will eloped to another state from Penang.
So to celebrate this,Silbi will plan a big treat for the villagers at the nearby mosque.

After a while,Amir will receive a letter from his sister,as he was pampering his pregnant wife,Sara that the whole village is now surrounded and hijacked by the bad people as Silbi.
So Amir and Sara will take a decision to come back to Penang to save the villagers from the villains.
As a conclusion,there were some moral values in this teater as we should not do evil to anyonea.Morever,jealousy are troublesome to others,so we must try to live here harmoniously with all the races.
Finally,we should be helpful to each other as the reward will extremely generous from the God.

 

Review Teater Sarah (17/10/2019)

Natilian bt Napi
134860

Jalan cerita yang menarik. Pada mulanya saya agak confused dengan apa yang terjadi. Tetapi makin lama saya menonton, saya mula memahamk jalan cerita tersebut. Banyak plot twist yang berlaku dan saya makin tertarik untuk mengetahui apa yang berlaku.

Teater sarah ini membuatkan saya tertanya tanya apa akan terjadi? Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Tetapi, pengakhiran cerita, pada pendapat saya, agak tidak memuaskan. Bagi saya, pengakhiran tersebut terlalu pendek dan saya tertanya tanya apa yang terjadi kepada kakak syed amir? Sarah? Azmir? Adakah mereka semua selamat? 

Secara keseluruhannya teater ini sangat menarik and saya suka set stage yang lain daripada yang lain!

 

Review Teater by Liyana Hamizah Binti Shuaib (144313)

Persembahan teater ini  bertemakan klasik seperti di era selepas berlakunya perang dunia kedua. Teater ini dimulakan dengan kumunculan ruh-ruh yang menimbulkan saspens di kalangan penonton termasuk saya. Teater ini sebenarnya mengenai seorang wanita yahudi yang tinggal di Tanah Melayu (Malaysia) pada ketika itu dan dia juga bekerja di rumah orang Melayu. Apa yang paling menarik dalam teater ini ialah babak- babak percintaan Sarah dengan Syeikh Amir dimana  telah membuatkan ramai penonton teruja dan seronok iaitu pada babak Syeikh Amir memberikan selendang hitam kepada Sarah. Namun begitu, plot twist dalam teater ini adalah apabila Sarah dan Syeikh Amir terpaksa berhijrah ke luar negara kerana sesuatu konflik yang melanda. Pada masa itu Silbi dan Zabidi telah mula membuat onar di situ selepas penhijrahan mereka. Namun, apabila Syeikh Amir mengetahui tentang itu, beliau terus bertanggungjwab dengan pulang ke sana untuk menyelesaikan masalah yang berlaku bersama Sarah. Oleh itu, kita dapat mencontohi sikap Syeikh Amir yang bertanggungjawab untuk menjaga keamanan negerinya daripada anasir-anasir jahat walaupun beliau mengetahui risikonya. Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak persoalan mengenai teater ini yang kurang jelas tetapi secara keseluruhannya, pementasan teater ini sangat menarik dan unik.

 

REVIEW TEATER SARAH

Sebuah karya agung yang mengetengahkan garis masa era selepas perang dunia kedua. Karya ini telah dipersembahkan dengan sangat baik. Simbolik yang dipamerkan adalah sangat jelas. Teater ini menceritakan tentnag seorang wanita yahudi yang menjalinkan hubungan dengan orang yang berpngaruh di Pulau Pinang. Cinta mereka sangat suci tetapi sayang, ada yang tidak boleh menerima kedatangan wanita yahudi di tanah air. Pada permulaan cerita, korus mempengaruhi suasana menjadi seram. Terdapat adegan komedi, melankolia dan juga patriotik. Makna tersirat yang dibawa dalam teater ini sangat berat. Nilai kemanusiaan yang dipamerkan mengajar penonton untuk tidak menghukum seseorang daripada asal usul kerana kita semua dilahirkan dalam galur keturunan yang sama. 
Dari set pentas yang dibawa dalam teater Sarah tidak terlampau sesak. Hanya yang memberi simbolik sahaja menjadi prop dan set. Dari pemakaian Sarah juga iaitu selendang hitam merupakan plot twist dan simbolik yang besar dalam teater ini. Lampu dan Projektor sangat mempengaruhi suasana dan mudah untuk para penonton untuk menikmati teater tersebut. Penggunaan suara latar juga amat jelas. Tapi pada pendapat saya, penggunaan smoke machine agak lebihi pada permulaan cerita sehingga mengganggu mata penonton untuk melihat korus. 
Dari sudut lakonan pula, semua pelakon membawa watak yang sangat baik, pengahayatan watak juga sangat mendalam mungkin pelakon sudahpun membuat kajian watak terlebih dahulu. 
Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang telah menjayakan sebuah karya agung ini. Semoga objektif Teater Sarah tercapai.  (afiq)

 

Review Teater Sarah

Abdul Saifullah Bin Abdullah (143845)

Bagi saya, teater Sarah ini sungguh menarik. Perkara yang paling menarik bagi saya adalah latar masanya iaitu selepas perang dunia kedua. Saya juga suka melihat pembukaan teater ini dimana beberapa roh-roh telah bermonolog. Apa yang paling menarik ialah kisah pencintaan Sarah dan Syeikh Amir. Percintaan antara dua insan yang berasal daripada agama dan budaya yang berbeza. Pelakon-pelakon juga melakonkan setiap watak dengan hebatnya. Ianya sedikit sebanyak telah memberikan saya sedikit inspirasi. Mereka menjiwai watak-watak dengan jayanya. Konflik dimana Syeikh Amir dan Sarah terpaksa berhijrah sangat mendebarkan. Walaupun mereka berjaya berhijrah, ianya tetap menyedihkan kerana Mereka terpaksa meninggalkan kakak Syeik Amir. Pengakhiran teater ini juga sedih tetapi memuaskan kerana Syeikh Amir dan Sarah kekal bersama.

 

Review on SARAH by NURUL HAZIQAH BINTI YUNUS 139803

16th Oct, I watched the play at Panggung Pelinggam. The first and the last scene, I remembered “Roh yang Bertanggungjawab”. As it was a long day for me, it took me awhile to process what actually happened. But the harmony created in the chorus gave me goose bumps despite not understanding the whole story. I definitely enjoyed the performance of the old man in the beginning. It was only him speaking without much movements, but the emotions were already there. The facial expressions, the gestures, the intonation of his voice guided us into memory lane were very on point.

To be honest, I have a pretty short attention span so I lost tracks of the content of their dialogues. As I was more accustomed to either English or Spoken Malay language, the content delivered in Classic, "Baku" Malay kept me on the track. It was very interesting that the casts spoke in the graceful manner of Classical Malay, putting us in the historical setting of Penang, regardless the fact that I am not a Penangite, thus I wasn't very familiar with the time and place settings.

But I could definitely remember the feeling I had while watching it. I remember the happiness shared by Sarah and Syed Amir, the love from a family, the malicious intentions by the devil, the sadness of having to be separated from family as well as the yearning portrayed by the actors and actresses. However, the sudden appearance of the devil caught me off guard. Rather than the symbolic message the character was supposed to deliver, unfortunately I took him more as to serve the play some comedic purposes. I was so amused with the character's costume and manner that I got distracted from his lines, and therefore I failed to understand the real role of the character and his association to Sarah. 

Lastly, I'd like to review on the theme of the entire play. Honestly, I had poor knowledge on history, so I didn’t catch the fact that Sarah was a Jew during Holocaust. I originally assumed she was British during their colonization in Tanah Melayu, and was only told by my friend after the play ended, that it was about the Holocaust. When I found out about that, it came to me that the play was more interesting than I first thought. I’m planning to read more on the Holocaust and appreciate history even more

 

Review teater Sarah- Kirsha

17 October 
Teater Sarah bermula dengan chores yang melambangkan roh yang sebelum lahir. 
Mereka berjanji bahawa mereka akan menjadi roh yang bertanggungjawab. The performance of the old man is definitely amazing. His expression is damn nice , eventhough that part is quite draggy. 
I'm quite confused when the same character appeared as syed Amir. I loved the flashback, it's quite straight forward. The way they arranged the scene is different and nice. They explained about judgemental society as well. Antagonist judged Sarah's character  just because she is a Jewish. The lesson I learned from this teater is, importance of having critical thinking to understand this story . By the way it's a great experience! Thank you. 

Teater sarah

AMIERA NATASHA BTE ROSLI 134723

Teater Sarah karya Sasterawan Negara Nordin Hassan di Pusat Pengajian Seni. Pelakon pelakon semuanya padu, tetapi saya menyukai rekaan artistik pentas di dalam teater Sarah kerana dari segi rekaan pentas serta props yang minimal kotak kotak 4 segi, tangga serba putih  dengan kukuhnya panel-panel kanan dan kiri pentas untuk keluar masuk pelakon-pelakon dengan bantuan pancaran projection mapping keatas panel panel tersebut. Rekaan kotak kotak putih tersebut juga beralih fungsi di dalam ruang perbezaan masa babak dalam lakonan. Ada kalanya ianya menjadi kerusi dan ada kalanya menjadi tempat berdiri. 

Projection mapping didalam teater Sarah menjadi tunjang kekuatan pada setiap babak dipentas sebagaimana memaparkan babak  ‘Flashback’, Background Scene dalaman rumah dan scene hutan. Paparan video pendek  
turut menambah didalam penceritaan tersebut.

Karya Seniman Datuk Noordin Hassan ini sarat dengan mesej tersirat- biarpun nama-nama watak yang dibawakan tidak wujud dalam masyarakat kita, namun gambaran perwatakan sememangnya wujud dalam masyarakat (negara) kita. Biarpun tidak kelihatan sinis secara langsung- kerana latar tempat yang 'asing'- tetapi sesekali terlintas di fikiran, cerita yang dipapar sebagai biasan kepada realiti dalam masyarakat kita pada hari ini..

Menonton teater bagi saya, yang memikat tentunya pembawaan watak-watak dalam cerita. Selain plotnya, saya biasanya lebih melihat aspek lakonan pembawa watak yang menjadikan cerita itu lebih menambat dan memikat. 

Review teater Sarah
Nyam Yee Shin 139309
The lighting and all those set are really impressing me on that time because I couldn't even imagine how good can it be the effect of the projector project on the screen. The lighting effect really bring out some effect that needed. The actor who talked a lot with spectacle is so amazing, he can memorize so many words and doing some small face expression at the same time. The one who always doing something funny is really funny, he made the whole story not bored at all. Then I know how important is it to open up our voice like we do during warmup, the voice is big enough until the condenser mic can receive the actor's sound and make it louder when the sound come from the speaker. 

 

lim vangilyn 139138

To be honest, I didnt really understand the whole theatre Sarah, but the moment the actors stood up and perform, I was quite amazed by their acting skills especially the uncle actor talking about the book Sarah, he really got that old man's vibe, and the main character Sarah, her emotional expression was so reaaall, me as an audience, I feel like she is really in love with that guy im sorry I forgot their names lol. Then a familiar face shown I was like thats Kak Iz haha! Didnt expect that! She act like she's from the drama tv shows with great expressions, the script was quite long, I am so impressed that the cast can really hafal semua plus having eye contact with the audiences, and facial expressions too need to be natural, wow.
The background music was nice, I felt like I was in a Malay's wedding lol because I have only heard this kind of musical instruments played on my Malay friend's wedding day haha, I found out the musicians somehow were to cue the actors to leave or to enter the scene, its awesome. The set was simple, background mainly using projector, this idea was very unique, I have learnt alot from this theatre.

 

  

Tuesday 10 March 2020

Pautan tentang Sejarah Drama Modern Di Malaysia

Bila bermulanya drama modern di Malaysia?  Tentu sekali dalam jawapan kita tentu sekali drama-drama yang menerima pengaruh terutamanya dari Barat yang terus berkembang hingga ke hari ini.  Secara rinci dapat dikongsikan dengan merujuk kepada pautan laman web : http://mimbarkata.blogspot.com/2014/09/sejarah-drama-malaysia-bahagian-akhir.html

Friday 14 February 2020

Soalan untuk renungan anak pasca merdeka

Soalan untuk renungan anak pasca merdeka: RENUNGAN

Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786)?

Sunday 10 November 2019

Sunday 20 October 2019

Catatan yang mesti dicatat dalam Sarah.

Foto Mahira Mahyuddin.


Cadangan tajuk dan kandungan yang akan aku bukukan.
1.       Yusof Bakar memang hebat.
-          Berjumpa ku, mencadangkan aku mengarah SARAH bajet dari DBP
-          Beri skrip
-          Jumpa pihak DBP -yang menaruh kepercayaan walaupun dihati kecilku mereka ragu2- kerana forteku realisme.
-          Y.B aturkan  Audition
-          Y.B. Aturkan meeting
-          Y.B aturkan bajet dan semua pengurusan aku tumpu kerja pentas sahaja
-          Y.B tentukan SM yang awesome.

2.       Aku dan Skrip Noordin Hassan
-          Mula terlibat dengan Pintu, arahan Samat aku sebagai composer
-          Melihat Anak Tanjung aku terpegun di DTSP
-          Terlibat dgn Anak Tanjung  UPSI, IPOH Penang dan Kangar
-          Mengarahkan pintu
-          Moderator pemikiran Noordin Hasan DBPWU.

3.       Aku nak angkat ke pentas, bagaimana ya?
-          Aku baca skrip beberapa kali menguasai cerita
-          Menguasai peristiwa di setiap babak
-          Mengenali watak yang wujud dan tidak wujud
-          Mengkaji sejarah
-          Tiada link konvensional dalam penceritaan ( mana dulu mana kemudian bercampur aduk)
-          Perlunya pelbagai media sbg nilai tambah untuk menyokong aksi.

4.       Aku dan team produksi
-          Semua dikalangan rakan-rakan yang pernah bekerja
-          Antara tari dan gerak berbeza -ada sedikit masalah dgn koreografer yg patuh pada tari, tapi aku  ahu gerak sahaja. Muzik sbg panduan , tempo tak penting.
-          Beli topeng dengan Lazada
-          Tongkat patah dijadikan sebagai Tongkat Silbi
-          Topeng perlu ubah suai
-          Beli bunga bagi harum semerbak
-          Pelatih Uitm yang begitu sporting dan mudah buat kerja
-          Aku marah pada Natalia- budak… (Dia demam)


5.       Ambil Aura Kubur Yahudi dan Nagore Road
-          Lepas makan di Tajudin
-          Solat di Kapitan keeling
-          Cari Smota Pak ku
-          Pergi ke Nagore Road yang hilang roh
-          Pintu pagar kubur Yahudi di serang anjing.


6.       Aku dan pelakon masa rehersal
-          Pelakon tertanya tanya mrk pun tak faham
-          Mereka bertanya boleh tak saya buat macam ni (SARAH)
-          Beri kebebasan pada pelakon meneroka.
-          Apa yang ku pentingkan , cara pengucapan dengan Bahasa yang lemah lembut seperti memujuk.
-          Terpengaruh dengan kepompong cerita Melayu.

7.       Aku dan teater fitrah
-          Pernah bertemu dgn Noordin ceritakan konsep fitrahnya
-          Aku dan Sfrizal di Subaidah
-          Wacana banyak memberikan ruang unk ku lebih dekat dgn bentuk teater ini, walaupun tanpa disedari aku telah aplikasikan dalam pengarahanku, bermula daripada rehearsal sehiggalah akhir persembahan. Bia raku yang tertekan.

8.       Degupan jantung bertambah kencang Bersama mappers
-          Mencabar ku,
-          Bersedia hadapi kemungkinan berlaku perubahan
-          Menyusun kembali sequence
-          SM yang banyak membantu
-          Akhirnya berjaya disusun
-          Malam kedua ada kesilapan teknikal.

9.       Pentingnya suku kata di tekankan dalam dialog
-          Aku aturkan ini untuk menampakan  pekerti watak dalam menyampaikan dialog
-          Penonton memuji kerana faham dan jelas (lidah ibu bukan melayu)

10.   Halimah dan Pak Ku memang hebat
-          Konsisten dari mula hingga akhir
-          Tambah bunga bagi wangi
-          Green screen dihilangkan

11.   Sharifah Noor juga hebat
-          Sebagai Anchor dalam cerita ini.
-          Meragui Sarah (bila lihat Amir dan Sarah)
-          Kehilangan Sarah (Sc. Halimah dan Pak Ku)
-          Bagaimana rapat dengan Sarah – Sharifah Salmi dan Salma berkawan baik
-          Merestui Cinta Amir dan Sarah . (selepas Sarah dan Amir pergi) keadaan sunyi sepi.
-          Tidak sanggup melepaskan SARAH dan Amir pergi …peluk kasut.

12.   S.M juga hebat
-          Sampai aku percaya, cepat memahami dan melaksanakan. Pro active.
-           
13.   Harapanku sebelum SARAH bermula
-          Gambaran pelakon muncul dengan tiba-tiba melalui kehebatan mapping
-          Set yang hebat.



14.   Aku dan Adiguru
-          Buat lagu seperti Makyung, tetapi bukan makyung
-          Semangat Singgang budu dan tempoyak

15.   Aku dan Pengarah Efx
-          Menerima arahan dan mencadangkan….. bersengkang mata nak ke MQA dan Bandung.

16.   Sampaikan dua kisah dalam satu masa (visual dan lakonan)
-          Kehebatan visual, penonton sedar tak?
-           
17.   Aku dan ikon-ikon yang terkandung dalam SARAH
-          Pokok Ketapang
-          Burung Murai
-          Kasut

18.   Aku dan Penonton
-          Melalui FB semua puji

19.   Aku dan Kritikan
-          Belum muncul lagi… menanti

20.   Aku dan Syed Amir
-          Syed Amir suka bereksperimen dalam latihan
-          Syed Amir keliru aku pun keliru

21.   Aku dan Syed Zabidi
-          Dugaan hebat semua bersedia apabila mendengar berita….
-          Menemukan destinasi Pak Ku


22.   Aku dan Subat.
-          Cool sahaja
-          Di Green Screen dalam keadaan tidak bersedia
-          Pelakon yang hebat sebenarnya.

23.   Aku dan Sinografer
-          Cadangan set awal
-          Cadangan set aku
-          Kadang kala aku tidak bersetuju dalam beberapa hal

24.   Minta maaf cikgu Noordin.
-          Menghilangkan kekeliruan sebenarnya Syed Ali itu adalah Syed Amer.
-          Menggunakan sendang kepada SARAH unk dikaitkan dengan Rahimah

#TeaterSarah
#Teatersarah

Saturday 19 October 2019

Teater SARAH melabuhkan tirainya.

Setiap kali sebelum persembahan pada tarikh 16 hingga 18 Oktober, perut aku merasa tidak selesa.  Memikirkan semoga persembahan dapat dilaksanakan seperti mana yang dirancang.  Sentiasa memohon doa kepada Allah SWT bersama Team Produksi sebelum persembahan agar dipermudahkan segalanya.  Syukur Allah memperkenankan doa kami, walaupun terdapat berlaku sedikit masalah yang tidak terduga, namun dengan izin Allah dapat diatasi dengan tenang sehinggalah  SARAH menutup tirai di Dewan Pelenggam Cahaya pada 18 Oktober lepas.  Syukur kepada Allah, kepada Dia kita berdoa dan kepada Dia yang memberi pertolongan.


https://www.facebook.com/mahirahmahyidin/posts/2576728805707368
  Selepas usai setiap persembahan kami sentiasa diberikan ucapan tahniah daripada penonton  yang hadhir sama ada daripada kalangan rakan-rakan, aktivis teater, peminat teater, pensyarah-pensyarah dan juga kaum keluarga.  Ucapan tersebut terakam dalam media sosial, terutama sekali facebook dan ada juga di IG.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2576669762379939&set=pcb.2576728805707368&type=3&theater
 Walaupun begitu, bagiku masih lagi belum selesai. Kerana aku merasakan pengalaman ini terlalu amat berharga sepanjang pengalamanku dalam dunia teater sejak tahun 1983.  Aku merasakan perlu dikongsi bersama sesiapa sahaja yang membacanya.  Jadi aku telah mencadangkan tajuk-tajuk tertentu untuk di kongsi bersama.

1.  Bagaimana bermulanya cetusan Yusof Bakar.
2.  Aku dan produksi
3. Aku dan Skrip Noordin Hassan
4. Aku nak angkat ke pentas, bagaimana ya?
5. Aku dan team produksi
6. Ambil Aura Kubur Yahuddi dan Nagore Road
7. Aku dan pelakon
8. Degupan jantung bertambah kencang bersama Mappers
9. Aku dan teater fitrah.
10. Pentingnya suku kata  dalam dialog
11.  Sarah dan Pak Ku, memang hebat.
12.  Siapa Sharifah Noor?
13. Harapan ku sebelum bermula SARAH.
14. Aku dan Adiguru
15.Dua kisah pada satu masa
16. Aku selepas rehearsal
17. Aku dan ikon yang dinyatakan
18. Aku dan penonton
19. Aku dan kritikan
20. Minta maaf cikgu Noordin.

Tajuk ini tidak mengikut kronologi.  Insya Allah dari masa ke semasa, aku akan menemaskini setiap tajuk untuk dikongsi bersama.

#teaterSarah
#artswithavoice
#seniusm
#usmseni
#universitisainsmalaysia
#pelinggamcahaya
#dramatheatre
#performingarts
#localtheatre