Saturday, 19 October 2019

Teater SARAH melabuhkan tirainya.

Setiap kali sebelum persembahan pada tarikh 16 hingga 18 Oktober, perut aku merasa tidak selesa.  Memikirkan semoga persembahan dapat dilaksanakan seperti mana yang dirancang.  Sentiasa memohon doa kepada Allah SWT bersama Team Produksi sebelum persembahan agar dipermudahkan segalanya.  Syukur Allah memperkenankan doa kami, walaupun terdapat berlaku sedikit masalah yang tidak terduga, namun dengan izin Allah dapat diatasi dengan tenang sehinggalah  SARAH menutup tirai di Dewan Pelenggam Cahaya pada 18 Oktober lepas.  Syukur kepada Allah, kepada Dia kita berdoa dan kepada Dia yang memberi pertolongan.


https://www.facebook.com/mahirahmahyidin/posts/2576728805707368
  Selepas usai setiap persembahan kami sentiasa diberikan ucapan tahniah daripada penonton  yang hadhir sama ada daripada kalangan rakan-rakan, aktivis teater, peminat teater, pensyarah-pensyarah dan juga kaum keluarga.  Ucapan tersebut terakam dalam media sosial, terutama sekali facebook dan ada juga di IG.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2576669762379939&set=pcb.2576728805707368&type=3&theater
 Walaupun begitu, bagiku masih lagi belum selesai. Kerana aku merasakan pengalaman ini terlalu amat berharga sepanjang pengalamanku dalam dunia teater sejak tahun 1983.  Aku merasakan perlu dikongsi bersama sesiapa sahaja yang membacanya.  Jadi aku telah mencadangkan tajuk-tajuk tertentu untuk di kongsi bersama.

1.  Bagaimana bermulanya cetusan Yusof Bakar.
2.  Aku dan produksi
3. Aku dan Skrip Noordin Hassan
4. Aku nak angkat ke pentas, bagaimana ya?
5. Aku dan team produksi
6. Ambil Aura Kubur Yahuddi dan Nagore Road
7. Aku dan pelakon
8. Degupan jantung bertambah kencang bersama Mappers
9. Aku dan teater fitrah.
10. Pentingnya suku kata  dalam dialog
11.  Sarah dan Pak Ku, memang hebat.
12.  Siapa Sharifah Noor?
13. Harapan ku sebelum bermula SARAH.
14. Aku dan Adiguru
15.Dua kisah pada satu masa
16. Aku selepas rehearsal
17. Aku dan ikon yang dinyatakan
18. Aku dan penonton
19. Aku dan kritikan
20. Minta maaf cikgu Noordin.

Tajuk ini tidak mengikut kronologi.  Insya Allah dari masa ke semasa, aku akan menemaskini setiap tajuk untuk dikongsi bersama.

#teaterSarah
#artswithavoice
#seniusm
#usmseni
#universitisainsmalaysia
#pelinggamcahaya
#dramatheatre
#performingarts
#localtheatre
                                             

No comments:

Post a Comment