Friday, 22 July 2016

Blocking dan pergerakan pelakon di pentas

Blocking dan pergerakan pelakon di pentas

Blocking adalah suatu hal yang kerap diabaikan oleh pelakon.  Ramai dikalangan pelakon baru menganggap tugas ini dipikul oleh pengarah sepenuhnya.  Anggapan ini adalah kurang tepat.  Pelakon seharusnya sudah mempersiapkan diri memahami setiap ruang lakon yang digunakan,pergerakan dan kedudukan beraksi supaya penonton dapat memahami sikap (attitude) watak semasa beraksi.  Untuk menguasai dan memahami terdapat beberapa faktor yang harus difahami oleh pelakon.

  •                     Pola lantai
  •           Letak tubuh
  •           Ruang lakonan

(Laman ini sedang dikemaskini)

Sila rujuk di link berikut :



(Tajuk ini akan dikemaskini dari masa ke semasa)

Wednesday, 20 July 2016

Improvisasi

Improvisasi


Improvisasi secara umumnya merupakan sesuatu tindakan secara spontan apabila berhadapan dengan situasi tertentu untuk menyelesaikan sesuatu perkara.  Peribahasa Melayu menyatakan, ' Sekiranya tiada rotan akarpun berguna'.  Peribahasa ini secara mudah dapat difahami sebagai, sekiranya tiada rotan  untuk mengikat sesuatu, alternatif lain dengan menggunakan akar. yang mempunyai fungsi yang sama sebagai bahan untuk mengikat. Tindakan improvisasi dapat dikesan melalui peribahasa tadi ialah mencari bahan yang lain berfungsi sebagai bahan untuk mengikat, jadi akar telah digunakan sebagai bahan alternatif.  

Improvisasi menggunakan bahan atau objek.
Penggunaan bahan atau objek merupakan perkara yang paling asas dalam latihan improvisasi. Menggunakan objek akan dapat  untuk memahami maksud improvisasi dengan lebih dekat.  Mari kita imbau kembali permaianan  di zaman kanak-kanak seperti mengambil botol minuman yang diandaikan sebagai microphone digunakan untuk beraksi seperti penyanyi ataupun pemberita.  Selain itu ia boleh juga diandaikan sebagai telefon, teropong dan sebagainya.  Kadang kala kita lakukan secara bersendirian dan juga bersama rakan-rakan.  Melalui permaianan itu kita akan dapat mengimprovisasikan objek dalam pelbagai kegunaannya.



Menggunakan bahan-bahan atau objek untuk diaksikan dalam bentuk persembahan . Foto: koleksi Halimi MN.

Sila rujuk link dibawah untuk melihat bagaimana suatu objek dapat diandaikan dalam bentuk yang pelbagai. Selamat menonton.




Mental dan Emosi

Membentuk ekspresi wajah.  (Dalam pembinaan)



Link yang boleh dikongsi sama:

https://www.youtube.com/watch?v=dUfS256-jdk

Latihan vokal untuk pelakon

Suara merupakan peralatan paling penting pelakon untuk menyampaikan mesej kepada penonton. (Sedang dikemaskini)

Sila rujuk link berikut untuk memulakan latihan vokal.

a. Pernafasan
https://www.youtube.com/watch?v=Tc-_hoG4nec

b. Resonan (bentuk kualiti suara)
https://www.youtube.com/watch?v=rBoOyCLlCcU

c. Membuka suara
https://www.youtube.com/watch?v=7_MvlGKwLh0

d.Artikulasi
https://www.youtube.com/watch?v=uRdFtrv2yGA

Permaianan Teater

Permaianan Teater (Sedang dibangunkan)

Sekiranya terdapat cadangan sila kemukakan diruangan forum

Rujukan:
http://www.stagemilk.com/acting-games

Apakah itu lakonan?

Bertemu lagi

Mari kita berkongsi pengalaman tentang apa yang dimaksukan dengan lakonan?  Kita hampir setiap waktu melihat lakonan melalui media eletronik seperti TV dan file, melalui media sosial yang dimuatnaik menggunakan laman seperti youtube, facebook, whatsApp dsb. Selain daripada itu kita juga kadang kala akan menonton lakonan secara langsung dipentas.  Melalui lakonan kita akan melihat watak-watak yang beraksi seoalah-olah memberikan gambaran kehidupan dalam dunia yang sebenar walaupun cerita yang dilakonan itu meupakan sebuah fiksyen. Berdasarkan aksi yang dipersembahkan sama ada dipentas ataupun melalui media eletronik  kita akan dapat memahami pengertian lakonan merupakan sesuatu perbuatan yang meniru aksi daripada kehidupan yang sebenar. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru kerana telah dinyatakan oleh dua tokoh falsafah Yunani  Plato (427SM-337SM)  sebagai 'represent the nature'  dan Aristotle (384SM-322SM)  sebagai 'imitation of nature'.  Tuntasnya secara umum melalui dua pandangan tersebut, dapatlah kita fahami lakonan itu ialah sesuatu bentuk peniruan aksi dari dunia sebenar dipindahkan dalam bentuk persembahan sama ada secara langsung di pentas dan melalui rakaman untuk disiarkan di media eletronik.

Terdapat beberapa laman sesawang yang dapat untuk kita berkongsi sama memahami secara asas tentang pengertian lakonan.  Antaranya terdapat di link berikut:

http://s3cine.com/imitation-and-acting

(Halaman ini saya akan kemaskini dari masa ke semasa)



Tuesday, 19 July 2016

SELAMAT DATANG
Kepada penggiat teater, pengkaji teater, peminat teater dan pengunjung-pengunjung sekelian saya mempersilkan anda semua untuk berkongsi pengalaman berhubungan dengan segala aspek yang berhubungan dengan teater, sama ada di tanah air dan di diluar negara.  Tidak rugi untuk berkongsi demi untuk menyemarakan dan mengembangkan ilmu teater khususnya kepada umum. Insya Allah pada peringkat awal ini saya akan memuat naikan beberapa topik yang berhubung kait dengan elemen-elemen teater dan ulasan-ulasan persembahan teater yang lepas.

Antara topik-topik yang dirancangkan adalah seperti berikut.


  • Pengenalan Teater
  • Pengenalan lakonan
  • Persiapan dalam latihan
  • Pengenalan vokal untuk pelakon
  • Pengenalan latihan lakon dari sudut fizikal
  • Pengenalan latihan lakon dari sudut mental dan emosi
  • Pengenalan Improvisasi
  • Latihan-latihan improvisasi
  • Koleksi permaianan teater
  • Pengenalan tentang pentas
  • Pengenalan tentang skrip
  • Pengenalan tentang sinografi
  • Ulasan persembahan teater
  • Rencana

Saya amat berharap kepada rakan-rakan semua untuk memberikan komen dan sumbangan pengalaman yang telah dilalui dalam teater sebagai perkongsian bersama.

Wallahu a'lam