Wednesday, 20 July 2016

Improvisasi

Improvisasi


Improvisasi secara umumnya merupakan sesuatu tindakan secara spontan apabila berhadapan dengan situasi tertentu untuk menyelesaikan sesuatu perkara.  Peribahasa Melayu menyatakan, ' Sekiranya tiada rotan akarpun berguna'.  Peribahasa ini secara mudah dapat difahami sebagai, sekiranya tiada rotan  untuk mengikat sesuatu, alternatif lain dengan menggunakan akar. yang mempunyai fungsi yang sama sebagai bahan untuk mengikat. Tindakan improvisasi dapat dikesan melalui peribahasa tadi ialah mencari bahan yang lain berfungsi sebagai bahan untuk mengikat, jadi akar telah digunakan sebagai bahan alternatif.  

Improvisasi menggunakan bahan atau objek.
Penggunaan bahan atau objek merupakan perkara yang paling asas dalam latihan improvisasi. Menggunakan objek akan dapat  untuk memahami maksud improvisasi dengan lebih dekat.  Mari kita imbau kembali permaianan  di zaman kanak-kanak seperti mengambil botol minuman yang diandaikan sebagai microphone digunakan untuk beraksi seperti penyanyi ataupun pemberita.  Selain itu ia boleh juga diandaikan sebagai telefon, teropong dan sebagainya.  Kadang kala kita lakukan secara bersendirian dan juga bersama rakan-rakan.  Melalui permaianan itu kita akan dapat mengimprovisasikan objek dalam pelbagai kegunaannya.



Menggunakan bahan-bahan atau objek untuk diaksikan dalam bentuk persembahan . Foto: koleksi Halimi MN.

Sila rujuk link dibawah untuk melihat bagaimana suatu objek dapat diandaikan dalam bentuk yang pelbagai. Selamat menonton.




No comments:

Post a Comment