Sunday, 28 August 2016

Berkenalan dengan penulis

Salam sejahtera.  Berkenalan dengan penulis yang memberikan sumbangan idea dan rencana di dalam blog ini.




Halimi bin Mohamed Noh berasal Raub, Pahang. Kini bertugas sebagai Pensyarah di Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Berkelulusan Sarjana Sastera (Kesusasteraan) Universiti Sains Malaysia (2014),. Memperoleh B.A (hons) Performing Arts, Universiti Sains Malaysia (1988), Sijil Seni Kreatif (Penulisan) Universiti Sains Malaysia (1984), Sekolah Menengah Tengku Kudin Raub, Pahang (SRP dan SPM 1975-1979), Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Gali Raub (1969-1974).

Di Universiti Sains Malaysia mengajar Pengantar Seni Teater, Penganalisisan Skrip, Kajian Teater Moden Malaysia, Kajian Teater Asia, Lakonan, Pengarahan, Pengajaran dan pembantu  Kursus Estetika Pusat Pengajian Jarak Jauh USM (1994-96), Pengajaran untuk kelas-kelas tutorial dan seminar kursus Persepsi Seni (1992-94), Pengendalian Amali Kursus Gabungan Muzik Instrumental (1992-94), Pengendalian Amali Kursus Teater Teknikal (1991-1995).

Juga pernah menjadi pengajar jemputan di UMS Sabah Kursus Pengarahan Teater 1 (2003 -  2005 ), Kursus Pengarahan 2 (2003-  2005  ), Kursus Asas Lakonan (2003 -2005 ) di UiTM sebagai Pengajar Kursus Ko-Kurikulum Pengantar Budaya (1988-1991), Pengajar Kursus Ko-Kurikulum Teater Teknikal (1988-1991), Pengajar Kursus Ko-Kurikulum Teater Moden (1988-1991) dan Penceramah dan Penggubal Modul Teater Jurulatih Seni Budaya Negara. (2009-kini)

Pernah terlibat dalam pengarahan teater Harga Sebuah Maruah pada 15-20 Nov 2011 Auditoriom Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (Teater Perdana DBP 2011) Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur dan 25-26 Nov 2011, Panggung Pelenggang Cahaya, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Anjuran : Pusat Pengajian Seni, USM. Teater Lokan Bertepuk pada 18-20 Sept. 2009 Auditoriom Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia. (Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara). Teater Darah Yang Mangalir pada 7-9 Ogos 2006 Auditoriom Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia. (Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara). Teater Selamat Tinggal Alam Remaja pada 2006 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda, Bayan Baru, Pulau Pinang.

Menghasilkan dan mengarahkan Teater Man Min Mun pada 2006 Festival Teater Kanak-kanak Tunas Budaya Negeri Pulau Pinang, Anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang, bersama-sama Pelajar SRK Mutiara Perdana, Sungai Ara. Teater Lari 2005 Festival Teater Kanak-Kanak Tunas Budaya Negeri Pulau Pinang, Anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang.Bersama Pelajar SRK Kongsi Balik Pulau. Teater Puteri Ikhlas pada 2003 Festival Teater Kanak-Kanak Tunas Budaya Negeri Pulau Pinang, Anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang.Bersama Pelajar SRK Sungai Rusa, Balik Pulau.

Pengarah teater Kebayan pada 2002 Persembahan Jemputan di Kolej Matrikulasi Melaka, 2001 Persembahan di Auditorium Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak, sempena Pekan Seni Ipoh, 2001 Persembahan Jemputan di Politeknik Seberang Jaya, Pulau Pinang, 1998 Persembahan di Auditorium Dewan Budaya USM, 1996 Persembahan di Auditorium Dewan Budaya USM, 1996 Persembahan Jemputan di Auditorium Taman Budaya, Kuantan Pahang.DM, 1993 Persembahan sempena  Pekan Teater Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Boleh bermain alat muzik seperti alat muzik moden seperti gitar, keyboard, muzik asli seperti Rebana, muzik wayang kulit seperti Gedombak dan Gendang serta muzik gamelan seperti Saron, Kenung dan Gong. Penglibatan di peringkat kebangsaan seperti menjadi pengadil Jemputan Festival Teater Negeri, anjuran Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang, Kedah, Perlis, Melaka, Selangor dan Perak sejak tahun 1996. Pengadilan dan penilai persembahan acara-acara berorientasikan seni persembahan di Universiti Sains Malaysia.

Penglibatan di peringkat antarabangsa pula ialah pada 2003 mewakili Malaysia di dalam acara persembahan Wayang Kulit sempena Festival Tradisi Lisan Antarabangsa di Jakarta, Indonesia, pada 2002 mewakili Malaysia dalam persembahan dan promosi Wayang Kulit di Denmark sempena Festival Kesenian Asia Eropah, pada 2001 Sebagai Ketua Belia Malaysia, Kem  belia COCI di Kuala Lumpur, Ipoh, Terengganu dan Pahang, pada 1996 Mewakili Malaysia di dalam Festival Kesenian Belia di Macau, China dan pada 1996,1998,2000 mewakili Pulau Pinang dalam persembahan sempena sambutan Medan Fair di Medan, Indonesia.








Hamzah bin Mohamed Tahir berasal dari Muar, Johor. Kini, bertugas sebagai pensyarah Program Pengajian Teater di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara. Beliau merupakan graduan Seni Persembahan dari Universiti Sains Malaysia yang sebelum itu mengambil Sijil Seni Kreatif pada tahun 1988 di universiti yang sama. Setelah menamatkan pengajiannya di USM, beliau terlibat dalam persembahan teater di Kuala Lumpur seperti Tanah Bernanah (arahan Aminah Raphor) The Cord, Us (arahan Krishen Jit). Teater Us telah mewakili tanah air ke-5th Cairo International Experimental Theatre Festival, dan menari sebagai Sultan Mahmud di samping Primadona Seni Tari Malaysia, iaitu Datin Azanin Ahmad dalam Dramatari Kunang-Kunang Gunung Ledang. Beliau juga telah ke Reading UK bersama-sama dengan Datin Azanin untuk persembahan “Keris” dalam WOMAD 1999 (World Music and Dance Festival).

Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik peringkat Negeri Pulau Pinang dan peringkat Kebangsaan bersempena dengan Pekan Teater 1991 melalui teater Tanah Bernanah. Selain berlakon dan menari, beliau juga berkecimpung dalam bidang pengarahan. Antara produksi teater arahan beliau termasuklah mengarahkan ‘Play With Us’, iaitu teater kanak-kanak yang telah dipentaskan di 94 China International Children’s Festival di Beijing China, Ayam Jantan Ayam Betina dan Muzikal Jati. 

Pada tahun 1995, beliau telah menerima tawaran biasiswa ke United Kingdom untuk mendalami bidang Sinografi pada peringkat sarjana. Tawaran ini diberikan oleh Universiti Malaysia Sarawak. Di London, beliau berpeluang untuk bekerja di Tricycle Theatre bagi pementasan Macbeth. Beliau turut menyertai Out of LIFT ( London International Festival of Theatre) sebagai pembantu sinografer, dan Henry IV arahan Stephen Unwin bawah English Touring Theatre. Beliau telah mengambil beberapa kursus Design for Film and Television di Universiy of Industrial Arts Helsinki di Finland untuk melengkapkan pengajian sarjananya.

Setelah dianugerahi Sarjana dalam Sinografi dari Central Saint Martins , London Institute, beliau bertugas di Unimas dan terus melangkah ke Universiti Teknologi Mara, Shah Alam di Fakulti Filem, Teater dan Animasi dari 2003 hinggalah sekarang. Sepanjang beliau berada di Kuala Lumpur, beliau mengembangkan kepakarannya dalam bidang sinografi dengan bertindak sebagai pengarah artistik dan ahli sinografi untuk beberapa pementasan teater tanah air, khasnya yang telah dipentaskan di Istana Budaya seperti Muzikal Lantai T.Pinkie, Ibu Zain dan Tun Mahathir arahan Rosminah Tahir, Uda dan Dara arahan Datuk Rahim Razali dan Terima Kasih Cinta arahan Pat Ibrahim. Rekaan set beliau dalam teater Usikan Rebab arahan Norzizi Zulkefli telah memenangi "Best Set Design" di Boh Cameronian Arts Awards 2013. Pada tahun 2015 beliau sekali telah menerima Best Set Design di Boh Cameronian Arts Awards 2015 untuk teater Projek Kahwin arahan Mohamad Azri.

Beliau juga terlibat sebagai pengarah artistik dan ahli koreografi untuk acara pembukaan dan penutup Asean University Games 2008 yang diadakan di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur.  Minat beliau dalam seni reka produksi filem telah diaplikasikan dalam filem Wayang dan Kembar Siang arahan Hatta Azad Khan. Selain seni persembahan pentas, beliau juga diundang dalam beberapa program realiti di RTM dan ASTRO, dilantik sebagai juri dalam program Sehati Berdansa musim kedua, guru teater dalam program Anak Wayang dan Pengarah Monolog untuk Program Pilih Kasih musim kedua dan ketiga. Sebagai pendidik dan ahli penyelidikan ilmiah, beliau aktif membentangkan kertas kerja dalam seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti di World Stage Design 2009 (Seoul,Korea), Designing the Performance Space (Prague), 2nd dan 3rd ICACA International Conference on Applied and Creative Arts (UNIMAS Sarawak) dan IMACO 3rd International Mask Art and Culture Organization (Bali, Indonesia). Pada 2016 beliau telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Akademik UiTM 2016 bagi kelompok Seni Visual.








Mohamad Fairul bin Rashid, seorang guru di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur. Lahir pada 18 Januari 1985 di Kelantan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu (Major) dan Teater dan Drama Dalam Pendidikan (Minor). Kepakaran sebagai dan Guru Bahasa Melayu Jurulatih Teater KPM.

Berpengalaman dan pernah menerima pengiktirafan sebagai Pelakon Utama Festival Teater Negeri Selangor 2007 (Pelakon Lelaki Terbaik), Pelakon  Pembantu  Festival Teater MAKUM 2008 (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik), Peserta Bengkel Penulisan Skrip Drama Muzikal Anjuran JKKN 2012 di Pulau Tioman, Pelakon Monodrama Festival Teater Selangor 2014 (Pelakon Terbaik), Jurulatih Teater Drama KOMSAS Daerah Hulu Langat 2014, Pengerusi Teknik Semarak Teater Daerah Hulu Langat Tahun 2013-2015, Jurulatih Utama Semarak Teater Negeri Selangor Tahun 2013-2015, Jurulatih Semarak Teater Kebangsaan 2014, Jurulatih Teater Sekolah Seni Malaysia K.L Tahun 2015-2016, Jurulatih Teater Jemputan MPAJ Tahun 2016, Pengarah Teater Festival Teater Selangor 2015 (Teater Syahid Dukapura) dan Bengkel Pemurnian Skrip Drama Pendek DBP Kuala Lumpur 2016.

            Hasil penulisan antaranya Sumbangan Puisi Majalah Jendela Timur Terbitan Majalah Jendela Timur Edisi Januari 2013 (Puisi Bertajuk : Mutiara Basah Anak Gaza), Penulis Skrip Drama Pendek ( Sagu hati Sayembara Menulis Skrip Drama Pendek Kategori Remaja dan Kategori Kanak-kanak Anjuran DBP K.L Tahun 2015).


Friday, 22 July 2016

Blocking dan pergerakan pelakon di pentas

Blocking dan pergerakan pelakon di pentas

Blocking adalah suatu hal yang kerap diabaikan oleh pelakon.  Ramai dikalangan pelakon baru menganggap tugas ini dipikul oleh pengarah sepenuhnya.  Anggapan ini adalah kurang tepat.  Pelakon seharusnya sudah mempersiapkan diri memahami setiap ruang lakon yang digunakan,pergerakan dan kedudukan beraksi supaya penonton dapat memahami sikap (attitude) watak semasa beraksi.  Untuk menguasai dan memahami terdapat beberapa faktor yang harus difahami oleh pelakon.

  •                     Pola lantai
  •           Letak tubuh
  •           Ruang lakonan

(Laman ini sedang dikemaskini)

Sila rujuk di link berikut :



(Tajuk ini akan dikemaskini dari masa ke semasa)

Wednesday, 20 July 2016

Improvisasi

Improvisasi


Improvisasi secara umumnya merupakan sesuatu tindakan secara spontan apabila berhadapan dengan situasi tertentu untuk menyelesaikan sesuatu perkara.  Peribahasa Melayu menyatakan, ' Sekiranya tiada rotan akarpun berguna'.  Peribahasa ini secara mudah dapat difahami sebagai, sekiranya tiada rotan  untuk mengikat sesuatu, alternatif lain dengan menggunakan akar. yang mempunyai fungsi yang sama sebagai bahan untuk mengikat. Tindakan improvisasi dapat dikesan melalui peribahasa tadi ialah mencari bahan yang lain berfungsi sebagai bahan untuk mengikat, jadi akar telah digunakan sebagai bahan alternatif.  

Improvisasi menggunakan bahan atau objek.
Penggunaan bahan atau objek merupakan perkara yang paling asas dalam latihan improvisasi. Menggunakan objek akan dapat  untuk memahami maksud improvisasi dengan lebih dekat.  Mari kita imbau kembali permaianan  di zaman kanak-kanak seperti mengambil botol minuman yang diandaikan sebagai microphone digunakan untuk beraksi seperti penyanyi ataupun pemberita.  Selain itu ia boleh juga diandaikan sebagai telefon, teropong dan sebagainya.  Kadang kala kita lakukan secara bersendirian dan juga bersama rakan-rakan.  Melalui permaianan itu kita akan dapat mengimprovisasikan objek dalam pelbagai kegunaannya.



Menggunakan bahan-bahan atau objek untuk diaksikan dalam bentuk persembahan . Foto: koleksi Halimi MN.

Sila rujuk link dibawah untuk melihat bagaimana suatu objek dapat diandaikan dalam bentuk yang pelbagai. Selamat menonton.




Mental dan Emosi

Membentuk ekspresi wajah.  (Dalam pembinaan)



Link yang boleh dikongsi sama:

https://www.youtube.com/watch?v=dUfS256-jdk

Latihan vokal untuk pelakon

Suara merupakan peralatan paling penting pelakon untuk menyampaikan mesej kepada penonton. (Sedang dikemaskini)

Sila rujuk link berikut untuk memulakan latihan vokal.

a. Pernafasan
https://www.youtube.com/watch?v=Tc-_hoG4nec

b. Resonan (bentuk kualiti suara)
https://www.youtube.com/watch?v=rBoOyCLlCcU

c. Membuka suara
https://www.youtube.com/watch?v=7_MvlGKwLh0

d.Artikulasi
https://www.youtube.com/watch?v=uRdFtrv2yGA

Permaianan Teater

Permaianan Teater (Sedang dibangunkan)

Sekiranya terdapat cadangan sila kemukakan diruangan forum

Rujukan:
http://www.stagemilk.com/acting-games

Apakah itu lakonan?

Bertemu lagi

Mari kita berkongsi pengalaman tentang apa yang dimaksukan dengan lakonan?  Kita hampir setiap waktu melihat lakonan melalui media eletronik seperti TV dan file, melalui media sosial yang dimuatnaik menggunakan laman seperti youtube, facebook, whatsApp dsb. Selain daripada itu kita juga kadang kala akan menonton lakonan secara langsung dipentas.  Melalui lakonan kita akan melihat watak-watak yang beraksi seoalah-olah memberikan gambaran kehidupan dalam dunia yang sebenar walaupun cerita yang dilakonan itu meupakan sebuah fiksyen. Berdasarkan aksi yang dipersembahkan sama ada dipentas ataupun melalui media eletronik  kita akan dapat memahami pengertian lakonan merupakan sesuatu perbuatan yang meniru aksi daripada kehidupan yang sebenar. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru kerana telah dinyatakan oleh dua tokoh falsafah Yunani  Plato (427SM-337SM)  sebagai 'represent the nature'  dan Aristotle (384SM-322SM)  sebagai 'imitation of nature'.  Tuntasnya secara umum melalui dua pandangan tersebut, dapatlah kita fahami lakonan itu ialah sesuatu bentuk peniruan aksi dari dunia sebenar dipindahkan dalam bentuk persembahan sama ada secara langsung di pentas dan melalui rakaman untuk disiarkan di media eletronik.

Terdapat beberapa laman sesawang yang dapat untuk kita berkongsi sama memahami secara asas tentang pengertian lakonan.  Antaranya terdapat di link berikut:

http://s3cine.com/imitation-and-acting

(Halaman ini saya akan kemaskini dari masa ke semasa)



Tuesday, 19 July 2016

SELAMAT DATANG
Kepada penggiat teater, pengkaji teater, peminat teater dan pengunjung-pengunjung sekelian saya mempersilkan anda semua untuk berkongsi pengalaman berhubungan dengan segala aspek yang berhubungan dengan teater, sama ada di tanah air dan di diluar negara.  Tidak rugi untuk berkongsi demi untuk menyemarakan dan mengembangkan ilmu teater khususnya kepada umum. Insya Allah pada peringkat awal ini saya akan memuat naikan beberapa topik yang berhubung kait dengan elemen-elemen teater dan ulasan-ulasan persembahan teater yang lepas.

Antara topik-topik yang dirancangkan adalah seperti berikut.


  • Pengenalan Teater
  • Pengenalan lakonan
  • Persiapan dalam latihan
  • Pengenalan vokal untuk pelakon
  • Pengenalan latihan lakon dari sudut fizikal
  • Pengenalan latihan lakon dari sudut mental dan emosi
  • Pengenalan Improvisasi
  • Latihan-latihan improvisasi
  • Koleksi permaianan teater
  • Pengenalan tentang pentas
  • Pengenalan tentang skrip
  • Pengenalan tentang sinografi
  • Ulasan persembahan teater
  • Rencana

Saya amat berharap kepada rakan-rakan semua untuk memberikan komen dan sumbangan pengalaman yang telah dilalui dalam teater sebagai perkongsian bersama.

Wallahu a'lam