Halimi bin Mohamed Noh berasal Raub, Pahang. Kini bertugas sebagai
Pensyarah di Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Berkelulusan Sarjana Sastera (Kesusasteraan) Universiti Sains Malaysia (2014),.
Memperoleh B.A (hons) Performing Arts, Universiti Sains Malaysia (1988), Sijil
Seni Kreatif (Penulisan) Universiti Sains Malaysia (1984), Sekolah Menengah
Tengku Kudin Raub, Pahang (SRP dan SPM 1975-1979), Sekolah Rendah Kebangsaan
Ulu Gali Raub (1969-1974).
Di Universiti Sains Malaysia
mengajar Pengantar Seni Teater, Penganalisisan Skrip, Kajian Teater Moden
Malaysia, Kajian Teater Asia, Lakonan, Pengarahan, Pengajaran dan pembantu Kursus Estetika Pusat Pengajian Jarak Jauh
USM (1994-96), Pengajaran untuk kelas-kelas tutorial dan seminar kursus
Persepsi Seni (1992-94), Pengendalian Amali Kursus Gabungan Muzik Instrumental
(1992-94), Pengendalian Amali Kursus Teater Teknikal (1991-1995).
Juga pernah menjadi pengajar jemputan di UMS Sabah Kursus Pengarahan Teater 1 (2003 - 2005 ), Kursus Pengarahan 2 (2003- 2005 ), Kursus Asas Lakonan (2003 -2005 ) di UiTM sebagai Pengajar Kursus Ko-Kurikulum Pengantar Budaya (1988-1991), Pengajar Kursus Ko-Kurikulum Teater Teknikal (1988-1991), Pengajar Kursus Ko-Kurikulum Teater Moden (1988-1991) dan Penceramah dan Penggubal Modul Teater Jurulatih Seni Budaya Negara. (2009-kini)
Pernah terlibat dalam pengarahan teater Harga Sebuah Maruah pada 15-20 Nov
2011 Auditoriom Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala
Lumpur (Teater Perdana DBP 2011) Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
dan 25-26 Nov 2011, Panggung Pelenggang Cahaya, Pusat Pengajian Seni,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Anjuran : Pusat Pengajian Seni, USM.
Teater Lokan Bertepuk pada 18-20 Sept. 2009 Auditoriom Dewan Budaya, Universiti
Sains Malaysia. (Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara). Teater Darah
Yang Mangalir pada 7-9 Ogos 2006 Auditoriom Dewan Budaya, Universiti Sains
Malaysia. (Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara). Teater Selamat
Tinggal Alam Remaja pada 2006 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda, Bayan
Baru, Pulau Pinang.
Menghasilkan dan mengarahkan Teater Man Min Mun pada 2006 Festival Teater Kanak-kanak Tunas Budaya Negeri Pulau Pinang, Anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang, bersama-sama Pelajar SRK Mutiara Perdana, Sungai Ara. Teater Lari 2005 Festival Teater Kanak-Kanak Tunas Budaya Negeri Pulau Pinang, Anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang.Bersama Pelajar SRK Kongsi Balik Pulau. Teater Puteri Ikhlas pada 2003 Festival Teater Kanak-Kanak Tunas Budaya Negeri Pulau Pinang, Anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang.Bersama Pelajar SRK Sungai Rusa, Balik Pulau.
Menghasilkan dan mengarahkan Teater Man Min Mun pada 2006 Festival Teater Kanak-kanak Tunas Budaya Negeri Pulau Pinang, Anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang, bersama-sama Pelajar SRK Mutiara Perdana, Sungai Ara. Teater Lari 2005 Festival Teater Kanak-Kanak Tunas Budaya Negeri Pulau Pinang, Anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang.Bersama Pelajar SRK Kongsi Balik Pulau. Teater Puteri Ikhlas pada 2003 Festival Teater Kanak-Kanak Tunas Budaya Negeri Pulau Pinang, Anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang.Bersama Pelajar SRK Sungai Rusa, Balik Pulau.
Pengarah teater Kebayan pada 2002
Persembahan Jemputan di Kolej Matrikulasi Melaka, 2001 Persembahan di
Auditorium Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak, sempena Pekan Seni
Ipoh, 2001 Persembahan Jemputan di Politeknik Seberang Jaya, Pulau Pinang, 1998
Persembahan di Auditorium Dewan Budaya USM, 1996 Persembahan di Auditorium
Dewan Budaya USM, 1996 Persembahan Jemputan di Auditorium Taman Budaya, Kuantan
Pahang.DM, 1993 Persembahan sempena
Pekan Teater Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Boleh
bermain alat muzik seperti alat muzik moden seperti gitar, keyboard, muzik asli seperti Rebana, muzik wayang kulit seperti
Gedombak dan Gendang serta muzik gamelan seperti Saron, Kenung dan Gong.
Penglibatan di peringkat kebangsaan seperti menjadi pengadil Jemputan Festival
Teater Negeri, anjuran Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang, Kedah,
Perlis, Melaka, Selangor dan Perak sejak tahun 1996. Pengadilan dan penilai
persembahan acara-acara berorientasikan seni persembahan di Universiti Sains
Malaysia.
Penglibatan
di peringkat antarabangsa pula ialah pada
2003 mewakili Malaysia di dalam acara persembahan Wayang Kulit sempena
Festival Tradisi Lisan Antarabangsa di Jakarta, Indonesia, pada 2002 mewakili
Malaysia dalam persembahan dan promosi Wayang Kulit di Denmark sempena Festival
Kesenian Asia Eropah, pada 2001 Sebagai Ketua Belia Malaysia, Kem belia COCI di Kuala Lumpur, Ipoh, Terengganu
dan Pahang, pada 1996 Mewakili Malaysia di dalam Festival Kesenian Belia di
Macau, China dan pada 1996,1998,2000 mewakili Pulau Pinang dalam persembahan
sempena sambutan Medan Fair di Medan, Indonesia.
Hamzah bin Mohamed Tahir berasal dari Muar, Johor. Kini, bertugas sebagai
pensyarah Program Pengajian Teater di Fakulti Filem, Teater dan Animasi,
Universiti Teknologi Mara. Beliau merupakan graduan Seni Persembahan dari
Universiti Sains Malaysia yang sebelum itu mengambil Sijil Seni Kreatif pada
tahun 1988 di universiti yang sama. Setelah menamatkan pengajiannya di USM,
beliau terlibat dalam persembahan teater di Kuala Lumpur seperti Tanah Bernanah
(arahan Aminah Raphor) The Cord, Us
(arahan Krishen Jit). Teater Us telah mewakili tanah air ke-5th Cairo
International Experimental Theatre Festival, dan menari sebagai Sultan Mahmud
di samping Primadona Seni Tari Malaysia, iaitu Datin Azanin Ahmad dalam Dramatari
Kunang-Kunang Gunung Ledang. Beliau juga telah ke Reading UK bersama-sama
dengan Datin Azanin untuk persembahan “Keris” dalam WOMAD 1999 (World Music and
Dance Festival).
Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik
peringkat Negeri Pulau Pinang dan peringkat Kebangsaan bersempena dengan Pekan
Teater 1991 melalui teater Tanah Bernanah. Selain berlakon dan menari, beliau
juga berkecimpung dalam bidang pengarahan. Antara produksi teater arahan beliau
termasuklah mengarahkan ‘Play With Us’,
iaitu teater kanak-kanak yang telah dipentaskan di 94 China International
Children’s Festival di Beijing China, Ayam Jantan Ayam Betina dan Muzikal
Jati.
Pada tahun 1995, beliau telah menerima tawaran biasiswa
ke United Kingdom untuk mendalami bidang Sinografi pada peringkat sarjana.
Tawaran ini diberikan oleh Universiti Malaysia Sarawak. Di London, beliau
berpeluang untuk bekerja di Tricycle Theatre bagi pementasan Macbeth. Beliau
turut menyertai Out of LIFT ( London
International Festival of Theatre) sebagai pembantu sinografer, dan Henry IV
arahan Stephen Unwin bawah English Touring Theatre. Beliau telah mengambil
beberapa kursus Design for Film and Television di Universiy of Industrial Arts
Helsinki di Finland untuk melengkapkan pengajian sarjananya.
Setelah dianugerahi Sarjana dalam Sinografi dari Central
Saint Martins , London Institute, beliau bertugas di Unimas dan terus melangkah
ke Universiti Teknologi Mara, Shah Alam di Fakulti Filem, Teater dan Animasi
dari 2003 hinggalah sekarang. Sepanjang beliau berada di Kuala Lumpur, beliau
mengembangkan kepakarannya dalam bidang sinografi dengan bertindak sebagai
pengarah artistik dan ahli sinografi untuk beberapa pementasan teater tanah
air, khasnya yang telah dipentaskan di Istana Budaya seperti Muzikal Lantai T.Pinkie,
Ibu Zain dan Tun Mahathir arahan Rosminah Tahir, Uda dan Dara arahan Datuk
Rahim Razali dan Terima Kasih Cinta arahan Pat Ibrahim. Rekaan set beliau dalam
teater Usikan Rebab arahan Norzizi Zulkefli telah memenangi "Best Set
Design" di Boh Cameronian Arts Awards 2013. Pada tahun 2015 beliau sekali
telah menerima Best Set Design di Boh Cameronian Arts Awards 2015 untuk teater
Projek Kahwin arahan Mohamad Azri.
Beliau juga terlibat sebagai pengarah artistik dan ahli
koreografi untuk acara pembukaan dan penutup Asean University Games 2008 yang
diadakan di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Minat beliau dalam seni reka produksi filem telah diaplikasikan dalam
filem Wayang dan Kembar Siang arahan Hatta Azad Khan. Selain seni persembahan
pentas, beliau juga diundang dalam beberapa program realiti di RTM dan ASTRO,
dilantik sebagai juri dalam program Sehati Berdansa musim kedua, guru teater
dalam program Anak Wayang dan Pengarah Monolog untuk Program Pilih Kasih musim
kedua dan ketiga. Sebagai pendidik dan ahli penyelidikan ilmiah, beliau aktif
membentangkan kertas kerja dalam seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa
seperti di World Stage Design 2009
(Seoul,Korea), Designing the Performance Space
(Prague), 2nd dan 3rd ICACA International
Conference on Applied and Creative Arts (UNIMAS Sarawak) dan IMACO 3rd International Mask Art and Culture
Organization (Bali, Indonesia). Pada 2016 beliau telah diumumkan sebagai
penerima Anugerah Akademik UiTM 2016 bagi kelompok Seni Visual.
Mohamad Fairul bin Rashid, seorang guru di Sekolah Seni Malaysia Kuala
Lumpur. Lahir pada 18 Januari 1985 di Kelantan. Berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Bahasa Melayu (Major) dan Teater dan Drama Dalam Pendidikan
(Minor). Kepakaran sebagai dan Guru Bahasa Melayu Jurulatih Teater KPM.
Berpengalaman dan pernah menerima pengiktirafan sebagai
Pelakon Utama Festival Teater Negeri Selangor 2007 (Pelakon Lelaki Terbaik),
Pelakon Pembantu Festival Teater MAKUM 2008 (Pelakon Pembantu
Lelaki Terbaik), Peserta Bengkel Penulisan Skrip Drama Muzikal Anjuran JKKN
2012 di Pulau Tioman, Pelakon Monodrama Festival Teater Selangor 2014 (Pelakon
Terbaik), Jurulatih Teater Drama KOMSAS Daerah Hulu Langat 2014, Pengerusi
Teknik Semarak Teater Daerah Hulu Langat Tahun 2013-2015, Jurulatih Utama
Semarak Teater Negeri Selangor Tahun 2013-2015, Jurulatih Semarak Teater
Kebangsaan 2014, Jurulatih Teater Sekolah Seni Malaysia K.L Tahun 2015-2016,
Jurulatih Teater Jemputan MPAJ Tahun 2016, Pengarah Teater Festival Teater
Selangor 2015 (Teater Syahid Dukapura) dan Bengkel Pemurnian Skrip Drama Pendek
DBP Kuala Lumpur 2016.
Hasil penulisan antaranya
Sumbangan Puisi Majalah Jendela Timur Terbitan Majalah Jendela Timur Edisi
Januari 2013 (Puisi Bertajuk : Mutiara Basah Anak Gaza), Penulis Skrip Drama
Pendek ( Sagu hati Sayembara Menulis Skrip Drama Pendek Kategori Remaja dan
Kategori Kanak-kanak Anjuran DBP K.L Tahun 2015).
No comments:
Post a Comment