Monday, 3 April 2017

Improvisasi menggunakan bahan bunyi dan muzik.


Terdapat berbagai-bagai-bagai bahan dapat dijadikan sebagai rangsangan kepada pelakon untuk berimprovisasi. Bahan rangsangan ini berperanan untuk mempertingkatkan keyakinan serta penghayatan pelakon semasa berimprovisasi. Sekiranya anda perlu beraksi seperti saekor harimau kelaparan yang sedang berjalan mencari makanan. Bagaimana anda mengaksikanya.  Adakah anda terus merangkak perlahan-lahan sambil mengaum?  Pada waktu yang sama adakah anda merasakan sedang berada di hutan belantara?  Jawapanya yang diberikan tentu Ya atau pun tidak, bersandarkan alasan yang diberi.

Pada kali ini pula anda  melakukan aksi yang sama, tapi kali ini menggunakan unsur bunyi suara latar  seperti di dalam hutan dan bunyi suara binatang untuk dijadikan mangsa.  Pada pandangan anda, adakah terdapat perbezaan melakukan improvisasi tanpa bantuan bunyi latar tadi? Anda tentu sekali menyatakan ‘Ya’ kerana faktor di sekeliling secara tidak langsung akan mempengaruhi aksi.  Tuntasnya faktor bunyi sekeliling  bukan sahaja untuk pelakon mempertingkatkan penghayatan 
beraksi, malah untuk penonton juga sama-sama berkongsi emosi seperti yang dihadapi oleh pelakon.

Berikut saya sertakan tiga link dari Youtube   untuk anda fikirkan aksi yang sesuai.  Setelah itu lakukan improvisasi mengikut kesesuaian bunyi yang diperdengarkan.








Improvisasi menggunakan bahasa Gibberish

Gibberish merupakan suatu istilah pengucapan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak mempunyai makna.  Gibberish disampaikan dalam bentuk bunyi yang berbagai-bagai-bagai, ada seperti binatang, seperti jentera dan juga membunyikan seperti dalam bahasa Pranchis, German, Arab dan sebagainya.
Tujuan gibbrish dalam improvisasi dapat menerangkan keadaan emosi seseorang dengan mepergayakan gerak tubuh.  Gabungan bunyi dan gerakkan tubuh akan menjadikan pelakon merasa bebas untuk melakukan aksi-aksi secara spontan.  Tuntasnya gibbrish dalam improvisasi akan menjadikan pelakon bebas  dan merasa tidak terkongkong dari sudut bahasa dan pergerakan seharian.
Untuk memahami gibbrish dengan lebih dekat sila rujuk di link berikut:

Mari kita cuba latihan seperti berikut:
Latihan Gibbrish 1.
Anda bersama pasangan anda berada dalam lif yang secara tiba-tiba berhenti.
Latihan Gibbrish 2
Anda ditugaskan untuk menyampaikan sebuah cerita menggunakan bahasa gibbrish kepada rakan-rakan. Sebaliknya rakan-rakan tidak mempedulikan anda.

Latihan Gibbrish 3
Anda bersendirian, tiba-tiba datang seseorang membawa peta untuk bertanyakan arah tuju ke lokasi tertentu. Beliau tidak memahai dan inginkan anda mengulangnya semula.


Selamat mencuba.  Sekiaranya anda mempunyai idea untuk dikongsi bersama, sudikanlah menyatakanya diruang forum di bawah.

Sunday, 19 March 2017

Apa itu Tablo dalam drama

Sebuah tablo dalam drama dibuat ketika setiap pelakon dalam sebuah adegan melakukan aksi seperti patung yang tidak bergerak  untuk mewakili watak tertentu.  Sila klik link dibawah untuk melihat aktiviti ini dengan jelas.



Thursday, 23 February 2017

Pentingnya Improvisasi kepada pelakon.

Sejak kecil lagi kita telah melakukan improvisasi.  Melakukan sesuatu perkara berdasarkan kepada satu rujukan tetapi kita tidak mengetahui apakah keputusanya.  Seperti bermain masak-masak Masak-masak itu sebagai rujukan, dalam proses permainan itu terdapat berbagai perkara yang tidak dirancang berlaku namun kita meneruskan permaianan sehinggalah selesai.

Kaedah yang sama juga kita lakukan dalam latihan lakonan.  Melalui latihan improvisasi secara kerap akan dapat membiasakan pelakon dalam suasana akting.  Melalui proses latihan demi latihan sehingga dapat membentuk kemahiran dalam lakonan.

Terdapat beberapa kaedah untuk melakukan improvisasi.  Antara kaedah yang agak mudah ialah melakonkan kembali cerita-cerita yang telah ditonton.  Kita tentu ingat dulu pernah ingin jadi pahlawan yang gagah seperti Hang Jebat, atau super hero Batman, Ultraman dan Superman.  Melalui watak yang kita tonton dalam filem kita lakonkan kembali.

Sekiranya ingin mencuba ayuh kita tonton filem dibawah. Bina rangka ceritanya kemudian kita aksikan bersama rakan-rakan.



Petikan filem 'labu labi' (1962)
Arahan P.Ramlee
Terbitan: Shaw Malay Film Production.
diambil dari link : 
https://www.youtube.com/watch?v=j3O5KX0I3p4&t=99s



Atau kita cuba pula filem ini:


Tajuk filem :GAGAL (2015)
Arahan : Shamill Ashraf
Terbitan : Treckem Production
Link :https://www.youtube.com/watch?v=-ulIE3DP5Ao