Terdapat berbagai-bagai-bagai bahan dapat dijadikan sebagai
rangsangan kepada pelakon untuk berimprovisasi. Bahan rangsangan ini berperanan
untuk mempertingkatkan keyakinan serta penghayatan pelakon semasa
berimprovisasi. Sekiranya anda perlu beraksi seperti saekor harimau kelaparan
yang sedang berjalan mencari makanan. Bagaimana anda mengaksikanya. Adakah anda terus merangkak perlahan-lahan
sambil mengaum? Pada waktu yang sama
adakah anda merasakan sedang berada di hutan belantara? Jawapanya yang diberikan tentu Ya atau pun
tidak, bersandarkan alasan yang diberi.
Pada kali ini pula anda
melakukan aksi yang sama, tapi kali ini menggunakan unsur bunyi suara
latar seperti di dalam hutan dan bunyi
suara binatang untuk dijadikan mangsa.
Pada pandangan anda, adakah terdapat perbezaan melakukan improvisasi
tanpa bantuan bunyi latar tadi? Anda tentu sekali menyatakan ‘Ya’ kerana faktor
di sekeliling secara tidak langsung akan mempengaruhi aksi. Tuntasnya faktor bunyi sekeliling bukan sahaja untuk pelakon mempertingkatkan
penghayatan
beraksi, malah untuk penonton juga sama-sama berkongsi emosi
seperti yang dihadapi oleh pelakon.
Berikut saya sertakan tiga link dari Youtube untuk anda
fikirkan aksi yang sesuai. Setelah itu
lakukan improvisasi mengikut kesesuaian bunyi yang diperdengarkan.
No comments:
Post a Comment