Gibberish merupakan
suatu istilah pengucapan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak mempunyai makna. Gibberish
disampaikan dalam bentuk bunyi yang berbagai-bagai-bagai, ada seperti
binatang, seperti jentera dan juga membunyikan seperti dalam bahasa Pranchis,
German, Arab dan sebagainya.
Tujuan gibbrish dalam
improvisasi dapat menerangkan keadaan emosi seseorang dengan mepergayakan gerak
tubuh. Gabungan bunyi dan gerakkan tubuh
akan menjadikan pelakon merasa bebas untuk melakukan aksi-aksi secara spontan. Tuntasnya gibbrish
dalam improvisasi akan menjadikan pelakon bebas dan merasa tidak terkongkong dari sudut
bahasa dan pergerakan seharian.
Untuk memahami gibbrish dengan
lebih dekat sila rujuk di link berikut:
Mari kita cuba latihan seperti berikut:
Latihan Gibbrish 1.
Anda bersama pasangan anda berada dalam lif yang secara
tiba-tiba berhenti.
Latihan Gibbrish 2
Anda
ditugaskan untuk menyampaikan sebuah cerita menggunakan bahasa gibbrish kepada rakan-rakan. Sebaliknya rakan-rakan tidak mempedulikan anda.
Latihan Gibbrish 3
Anda
bersendirian, tiba-tiba datang seseorang membawa peta untuk bertanyakan arah tuju ke lokasi tertentu. Beliau tidak memahai dan inginkan anda mengulangnya semula.
Selamat
mencuba. Sekiaranya anda mempunyai idea
untuk dikongsi bersama, sudikanlah menyatakanya diruang forum di bawah.
No comments:
Post a Comment