Monday, 3 April 2017

Improvisasi menggunakan bahan bunyi dan muzik.


Terdapat berbagai-bagai-bagai bahan dapat dijadikan sebagai rangsangan kepada pelakon untuk berimprovisasi. Bahan rangsangan ini berperanan untuk mempertingkatkan keyakinan serta penghayatan pelakon semasa berimprovisasi. Sekiranya anda perlu beraksi seperti saekor harimau kelaparan yang sedang berjalan mencari makanan. Bagaimana anda mengaksikanya.  Adakah anda terus merangkak perlahan-lahan sambil mengaum?  Pada waktu yang sama adakah anda merasakan sedang berada di hutan belantara?  Jawapanya yang diberikan tentu Ya atau pun tidak, bersandarkan alasan yang diberi.

Pada kali ini pula anda  melakukan aksi yang sama, tapi kali ini menggunakan unsur bunyi suara latar  seperti di dalam hutan dan bunyi suara binatang untuk dijadikan mangsa.  Pada pandangan anda, adakah terdapat perbezaan melakukan improvisasi tanpa bantuan bunyi latar tadi? Anda tentu sekali menyatakan ‘Ya’ kerana faktor di sekeliling secara tidak langsung akan mempengaruhi aksi.  Tuntasnya faktor bunyi sekeliling  bukan sahaja untuk pelakon mempertingkatkan penghayatan 
beraksi, malah untuk penonton juga sama-sama berkongsi emosi seperti yang dihadapi oleh pelakon.

Berikut saya sertakan tiga link dari Youtube   untuk anda fikirkan aksi yang sesuai.  Setelah itu lakukan improvisasi mengikut kesesuaian bunyi yang diperdengarkan.








Improvisasi menggunakan bahasa Gibberish

Gibberish merupakan suatu istilah pengucapan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak mempunyai makna.  Gibberish disampaikan dalam bentuk bunyi yang berbagai-bagai-bagai, ada seperti binatang, seperti jentera dan juga membunyikan seperti dalam bahasa Pranchis, German, Arab dan sebagainya.
Tujuan gibbrish dalam improvisasi dapat menerangkan keadaan emosi seseorang dengan mepergayakan gerak tubuh.  Gabungan bunyi dan gerakkan tubuh akan menjadikan pelakon merasa bebas untuk melakukan aksi-aksi secara spontan.  Tuntasnya gibbrish dalam improvisasi akan menjadikan pelakon bebas  dan merasa tidak terkongkong dari sudut bahasa dan pergerakan seharian.
Untuk memahami gibbrish dengan lebih dekat sila rujuk di link berikut:

Mari kita cuba latihan seperti berikut:
Latihan Gibbrish 1.
Anda bersama pasangan anda berada dalam lif yang secara tiba-tiba berhenti.
Latihan Gibbrish 2
Anda ditugaskan untuk menyampaikan sebuah cerita menggunakan bahasa gibbrish kepada rakan-rakan. Sebaliknya rakan-rakan tidak mempedulikan anda.

Latihan Gibbrish 3
Anda bersendirian, tiba-tiba datang seseorang membawa peta untuk bertanyakan arah tuju ke lokasi tertentu. Beliau tidak memahai dan inginkan anda mengulangnya semula.


Selamat mencuba.  Sekiaranya anda mempunyai idea untuk dikongsi bersama, sudikanlah menyatakanya diruang forum di bawah.